Posted by: niwa87 | January 16, 2011

Projek pertama

Anime pertama (harap-harap bukan yang terakhir ^.^;) yang aku pilih sebagai projek aku adalah Kami Nomi zo Shiru Sekai a.k.a The World God Only Know.

Anime ni mengisahkan tentang Katsuragi Keima yang dikenali sebagai Otoshigami (The Conquering God) dalam dunia game kerana kebolehannya memikat mana-mana gadis dalam galge (game bergenre dating sim). Suatu hari, secara tak sengaja, dia telah mengikat kontrak dengan seorang akuma (devil) untuk menangkap kaketama (Runaway spirit) yang bersembunyi di ruang kosong dalam hati gadis. Dia perlu memikat hati gadis tersebut bagi menangkap kaketama. Kegagalan bagi Keima membawa makna dia akan mati. Soalnya, Keima tak pernah memikat mana-mana gadis dan dia lebih berminat dengan gadis-gadis dari dunia game. Untuk itu, dia terpaksa menggunakan segala teknik dan pengetahuannya dalam memikat gadis game untuk memikat gadis sebenar. Jadi, bolehkah dia menyelesaikan tugas yang diberikan kepadanya?

Umm, terpanjang pula sinopsis cerita ni…

Projek pertama ni agak susah sedikit walaupun aku sekadar mengubah skrip sarikata Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu kerana anime ni banyak memerlukan proses typesetting. Skrip asal adalah daripada Horriblesub untuk episod 1 dan CMS untuk flag 0. Memandangkan aku masih tak pakar dan aku agak malas, kebanyakan proses ni aku abaikan. >.>

Berikut merupakan salah satu trailer anime ni yang telah aku sarikatakan.  Ianya mengandungi sedikit spoiler :
Youtube

Berikut pula link untuk episod 0 dan 1 :

Flag 0  (Megaupload)

Flag 1.0 (Megaupload)


Responses

  1. Nice one.. XD

    • Trimas2. Sila2 lah beri tunjuk ajar ^.^

  2. format HDTV atau BD rip?

    • Maaflah, buat sementara ni saya mungkin cuma akan guna SD saja. Masih belajar macam mana nak encode video. Lagipun saya tak ada ruang hard disk yang besar untuk semua tu buat waktu ni. ^.^;

    • Uhm, lagipun, komputer saya tak mampu nak mainkan video BD… ^.^;
      HD pun kadang-kadang sangkut….
      Jadi, maaflah…

  3. Hi jom kita tukar link?
    kumpulan kami baru sahaja ditubuhkan
    ini link kami animalaya.blogspot.com
    emel(impng92@gmail.com) kami kalau ada apa-apa hal

    • Terima Kasih… ^.^
      Saya akan letakkan link awak ke dalam site ni….

  4. wah… dah semakin bnyk fansub anime malay sub…
    kalau ada apa2 yg boleh kami tolong bagi tahu sahaja… hehehe.
    anywhere congrat ^^y

    • Thanks. Kalau ada apa2 yang perlu, saya akan maklumkan… Terima kasih sekali lagi kerana sedia membantu… ^.^

  5. GJ. Kebetulan sy belum lg tengok anime ni, dan kawan2 sy yg lain kt anime ni best, so sy mungkin download kerja2 engko. So teruskan subbing!

    • Trimas… 🙂
      Insya’allah saya akan cuba siapkan projek ni…

  6. Salam, saya wakil daripada AoryInvention[dot]com ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana sudi meletakkan capaian situs kami di situs anda. Maka kami pun akan berbuat sedemikian juga sebagai balas.

    Mengenai video BD, anda tidak memerlukan perkakasan yang tinggi untuk memainkan video tersebut tetapi hanya memerlukan perisiran yang sesuai untuk memainkannya. Sebagai contoh kami menggunakan K-Lite Codec Software Mega Edition untuk memainkan hampir semua video yang kami mahu.

    Justeru, kami berharap anda dapat meneruskan usaha anda dalam bidang ini.
    Sekian, terima kasih.

    Aory Invention™

    • Terima kasih…
      Berkenaan Video tu, kalau tak silap saya, masalah mungkin berkaitan dengan processor komputer saya… Setiap kali saya mainkan video, CPU akan digunakan sebanyak 100%… Processor lamalah katakan (dekat 6 tahun lepas punya komputer ^.^;)… Tak ada kad grafik pula tu…
      Apa-apa pun, saya akan cuba gunakan K-Lite Codec Software Mega Edition tersebut. Sekarang saya cuma gunakan K-Lite Codec Pack sahaja. Terima kasih untuk cadangan tersebut… ^.^

  7. Salam…
    Boleh reupload semua episode di file hosting lain? Baru-baru ini ada isu tentang megaupload, maka kesemua link tersebut sudah tidak berfungsi lagi… (Cadangan: 4shared atau mediafire)


Leave a Reply to Touma180 Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: