Posted by: niwa87 | January 16, 2011

Pembukaan kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kali pertama menonton anime dalam sarikata bahasa melayu oleh sebuah kumpulan fansub bahasa melayu, MyA, pada tahun 2008, membuatkan aku agak sedikit teruja untuk mencuba mensarikatakan anime ke dalam bahasa melayu. Tapi, pada ketika itu, tanpa sebarang pengetahuan tentang bidang fansub dan tidak tahu di mana boleh mempelajari tentang cara-cara subbing (malas mencari sebenarnya -_-), ditambah lagi dengan kekangan masa, membuatkan aku melupakan langsung hasrat tersebut.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini, dengan kemunculan kumpulan-kumpulan fansub bahasa melayu yang baru aku temui, bermula dengan salamander-sub, diikuti oleh Borneo-sub, Hebi Malay Fansub, dan yang terbaru, Puteranime fansub, membuatkan rasa ingin mencuba aku timbul kembali. Menggunakan sedikit pengetahuan subbing dan encoding subtitle ke dalam video daripada forum Hebi Malay Fansub dan Puteranime-HQ,  aku cuba mensarikatakan satu episode anime. Kerja yang aku lakukan tak banyak disebabkan aku hanya menggunakan kembali skrip sarikata dari fansub anime berbahasa Inggeris dan hanya menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dengan melakukan sedikit typesetting dan perubahan timing. Memandangkan aku masih lagi baru dalam hal ini, dan aku melakukannya secara solo, hasilnya tidaklah sebagus fansub-fansub yang berpengalaman yang lain. Walau bagaimanapun, aku yakin, ianya masih lagi boleh ‘ditonton’ dan difahami.

Aku tak pasti berapa lama aku dapat bertahan untuk meneruskan kerja-kerja fansub ini dan tahap sambutannya memandangkan aku hanya melakukannya sekadar untuk hobi dan suka-suka, tapi yang pasti, aku akan habiskan projek anime yang telah aku mulakan. Diharap anda semua dapat menikmati hasil penterjemahan sarikata aku. Selamat menonton. ^.^


Responses

  1. wahh hebatlah kamal…tahniah..teruskan usaha anda…semoga sukses….

    • Eh? Nanti, Sehat?
      Camne ko bleh dapat tau blog ni?
      lol, trimas2

  2. hehe biasa la saya juga die hard fan anime tau…:p

  3. tak perlulah risau. kamu pasti boleh. lagipun kita ni buat fansub just for fun n utk malay sub community juga. Kita mesti lawan lawan kualiti sub yg selalu datang dengan cd-cd anime yg dianggap original tu. subtitle BMnya teruk sangat… T__T

    Ganbatte, omae nara be dekiru sa.. ^_^

    • Trimas. ^.^

  4. Greetings from Malay Scanlation Manga Blog. Selamat ber-fansubbing. haha

    • Hai. Terima kasih ^.^

  5. Aku tengok kau dah macam tak larat nak wat sub je,..
    Kalau boleh aq nak join fansubs nie,
    lagipon aq ade kawan ngan admin Amixstream,Fuyuki ngan Hebi-Malayfansubs,
    Mungkin dorang boleh tolong atau sharing ilmu dorang ngan kau
    Aku cume nak tolong kau je,kalau kau tak nak takpe la
    aq tak kesah,
    Ape apew pun PM aq,and give your answer
    Kimiefrightnightkids@yahoo.com

    Ohye,kau boleh panggil aq kimie…
    kalau nak senang kau add aq je kat FB,
    Sam Kitson

  6. Boleh minta sub video doraemon nobita and galactic express?


Leave a Reply to G-kin Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: