Posted by: niwa87 | March 24, 2011

TWGOK episod 3

Route Mio tamat…

Muat Turun : Megaupload

Advertisements
Posted by: niwa87 | March 6, 2011

Album Lagu Nakagawa Kanon

Kalau anda pernah menonton keseluruhan episod anime Kami nomi atau membaca manganya, anda pasti akan mengenali idol Kanon, salah seorang daripada watak dalam siri ini. Bersempena dengan ulang tahun hari lahirnya pada 3 Mac yang lalu, sebuah album khas telah pun dikeluarkan. Album tersebut memuatkan lagu-lagu yang dinyanyikan Kanon dalam anime dan juga beberapa lagu baru. Aku agak meminati lagu-lagu yang dinyanyikannya. Disini, aku ingin berkongsi pautan Youtube untuk lagu-lagu tersebut. Kalau anda berminat, anda boleh klik dan dengar lagu-lagu tersebut. ^.^

Love CallLove KanonALL4UHappy CrescentOmoi wa Rain Rain |

Darling BabyUraha LoveYES-TODAY |

Posted by: niwa87 | March 6, 2011

TWGOK episod 2 dan sedikit perkara lain…

Maaf kerana tiada sebarang perkembangan dan khabar berita selama sebulan setengah… Terlampau banyak anime musim ini yang menarik untuk aku tonton dan sedikit(!?) perasaan malas menyebabkan proses subbing tidak berjalan lancar… ^.^;

Berikut pautan untuk memuat turun Kami nomi episod 2. Aku sertakan sekali pautan untuk episod 1 dan flag 0 yang telah aku ubah format video kepada mp4…

Flag 0

Muat Turun : Megaupload

Tonton : Megavideo

Episod 1 (1280 x 720)

Muat Turun : Megaupload

Tonton : Megavideo

Episod 2 (1280 x 720)

Muat Turun : Megaupload

Tonton : Megavideo

Oh ya,  aku ada membuka satu akaun YouTube untuk fansub ini. Asalnya, aku bercadang untuk menggunakan akaun ini untuk memuat naik siri Kami nomi bagi memudahkan penonton menonton siri ini secara streaming, tetapi sayangnya, tak sampai beberapa minit video-video siap dimuatnaik, video-video tersebut telahpun disekat oleh YouTube. Aku pun cuma berpeluang menonton sekali video-video tersebut…  >.>

Anda boleh lawati saluran akaun tersebut di :

http://www.youtube.com/user/animesarikatabm

Masih ada satu, dua video yang boleh ditonton. Silalah datang melawat… ^.^

Posted by: niwa87 | January 16, 2011

Projek pertama

Anime pertama (harap-harap bukan yang terakhir ^.^;) yang aku pilih sebagai projek aku adalah Kami Nomi zo Shiru Sekai a.k.a The World God Only Know.

Anime ni mengisahkan tentang Katsuragi Keima yang dikenali sebagai Otoshigami (The Conquering God) dalam dunia game kerana kebolehannya memikat mana-mana gadis dalam galge (game bergenre dating sim). Suatu hari, secara tak sengaja, dia telah mengikat kontrak dengan seorang akuma (devil) untuk menangkap kaketama (Runaway spirit) yang bersembunyi di ruang kosong dalam hati gadis. Dia perlu memikat hati gadis tersebut bagi menangkap kaketama. Kegagalan bagi Keima membawa makna dia akan mati. Soalnya, Keima tak pernah memikat mana-mana gadis dan dia lebih berminat dengan gadis-gadis dari dunia game. Untuk itu, dia terpaksa menggunakan segala teknik dan pengetahuannya dalam memikat gadis game untuk memikat gadis sebenar. Jadi, bolehkah dia menyelesaikan tugas yang diberikan kepadanya?

Umm, terpanjang pula sinopsis cerita ni…

Projek pertama ni agak susah sedikit walaupun aku sekadar mengubah skrip sarikata Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu kerana anime ni banyak memerlukan proses typesetting. Skrip asal adalah daripada Horriblesub untuk episod 1 dan CMS untuk flag 0. Memandangkan aku masih tak pakar dan aku agak malas, kebanyakan proses ni aku abaikan. >.>

Berikut merupakan salah satu trailer anime ni yang telah aku sarikatakan.  Ianya mengandungi sedikit spoiler :
Youtube

Berikut pula link untuk episod 0 dan 1 :

Flag 0  (Megaupload)

Flag 1.0 (Megaupload)

Posted by: niwa87 | January 16, 2011

Pembukaan kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kali pertama menonton anime dalam sarikata bahasa melayu oleh sebuah kumpulan fansub bahasa melayu, MyA, pada tahun 2008, membuatkan aku agak sedikit teruja untuk mencuba mensarikatakan anime ke dalam bahasa melayu. Tapi, pada ketika itu, tanpa sebarang pengetahuan tentang bidang fansub dan tidak tahu di mana boleh mempelajari tentang cara-cara subbing (malas mencari sebenarnya -_-), ditambah lagi dengan kekangan masa, membuatkan aku melupakan langsung hasrat tersebut.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini, dengan kemunculan kumpulan-kumpulan fansub bahasa melayu yang baru aku temui, bermula dengan salamander-sub, diikuti oleh Borneo-sub, Hebi Malay Fansub, dan yang terbaru, Puteranime fansub, membuatkan rasa ingin mencuba aku timbul kembali. Menggunakan sedikit pengetahuan subbing dan encoding subtitle ke dalam video daripada forum Hebi Malay Fansub dan Puteranime-HQ,  aku cuba mensarikatakan satu episode anime. Kerja yang aku lakukan tak banyak disebabkan aku hanya menggunakan kembali skrip sarikata dari fansub anime berbahasa Inggeris dan hanya menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dengan melakukan sedikit typesetting dan perubahan timing. Memandangkan aku masih lagi baru dalam hal ini, dan aku melakukannya secara solo, hasilnya tidaklah sebagus fansub-fansub yang berpengalaman yang lain. Walau bagaimanapun, aku yakin, ianya masih lagi boleh ‘ditonton’ dan difahami.

Aku tak pasti berapa lama aku dapat bertahan untuk meneruskan kerja-kerja fansub ini dan tahap sambutannya memandangkan aku hanya melakukannya sekadar untuk hobi dan suka-suka, tapi yang pasti, aku akan habiskan projek anime yang telah aku mulakan. Diharap anda semua dapat menikmati hasil penterjemahan sarikata aku. Selamat menonton. ^.^

Categories